17 Februari 2015

Program turun harga besar-besaran 1 Mac Ini

Minyak dah turun,elektrik pun nak turun. Apa lagi alasan harga barang tak nak turun,kalau masa minyak naik...mencanak pakat2 naikkan harga barang.

KUALA LUMPUR: Program penurunan harga barangan secara besar-besaran di seluruh negara akan dilancarkan 1 Mac ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

13 Februari 2015

Sekitar Majlis Pengebumian Nik Aziz

 
Innalillahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Semoga Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz ditempatkan bersama orang-rang yang soleh dan beriman.

BERIKUT adalah kronologi sekitar majlis pengebumian Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pagi Jumaat:

Najib berhenti berucap terima berita Nik Aziz

Alhamdulillah... PM telah menzahirkan biar pun berbeza fahaman politik namun jangan dilupakan talian persaudara sesama kita.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berhenti berucap sebaik menerima berita kematian bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebentar tadi.

12 Februari 2015

Kenderaan Barangan Tidak Dibenar Guna Jalan Raya Pada 17,18, 21 Dan 22 Feb

Harap bukan sekadar kenyataan dan diminta dikuatkuasakan agar perjalanan kita yang menuju ke kampung halaman, akan lebih selesa dan selamat

KUALA LUMPUR  - Kementerian Pengangkutan menetapkan kenderaan barangan tidak dibenar menggunakan jalan raya pada 17, 18, 21 dan 22 Feb ini berikutan sambutan Tahun Baharu Cina.


Menteri berkenaan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ini bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak bagi menyenangkan pengguna jalan raya pulang ke kampung selain mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

17 Februari 2014

KWSP: DIVIDEN 6.35% TERTINGGI DALAM 10 TAHUN

Tersenyum kambing, abang dan kakak kita dapat dividen KWSP yang paling tinggi sepanjang 10 tahun yang lalu. Ermmm... ako pun jap lagi nak semak penyata KWSP secara online di:   I-Akuan KWSP


Tapi nak semak, kena daftar dulu dan yang bagi yang sudah dapat dividen tue jangan terburu-buru nak keluarkan. Cuba bawa bersabar dan ini adalah salah satu tabungan di masa hadapan kita.

Takut dah pencen nanti,tak ada apa yang tinggal untuk kita menghadapi "hari tua".




DIVIDEN KWSP 2013: 6.35% TERTINGGI DALAM 10 TAHUN

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengisytiharkan kadar dividen 6.35 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, tertinggi sejak 10 tahun lalu.

Pada tahun lalu, KWSP mengisytiharkan dividen sebanyak 6.15 peratus.

Pengerusi Lembaga KWSP, Tan Sri Samsudin Osman, berkata pihaknya membuat bayaran RM31.20 bilion kepada ahlinya, peningkatan 13.66 peratus berbanding RM27.45 bilion pada 2012.

Katanya, penyata akaun KWSP yang dikredit dividen 2013 boleh disemak mulai sekarang secara atas talian melalui i-Akaun di laman web myEPF www.kwsp.gov.my

“Ahli juga boleh mendapatkan penyata akaun mereka dari Kios KWSP atau cawangan KWSP yang berdekatan mulai Isnin (hari ini),” katanya.

Katanya, maklumat dividen 2013 boleh diperoleh menerusi laman Facebook KWSP, di pejabat KWSP, Twitter KWSPBuzz dan YouTube.

Samsudin berkata, kadar dividen itu diisytiharkan hasil daripada pendapatan pelaburan kasar yang mencatat rekod tertinggi RM35 bilion, meningkat 12.81 peratus daripada RM31.012 bilion yang dicatat pada 2012.
“Pembayaran dividen 2013 diperoleh selepas ditolak peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen untuk pengeluaran,” katanya dalam kenyataan semalam.

Samsudin berkata, ekuiti muncul sebagai penyumbang terbesar kepada pendapatan pelaburan kasar KWSP pada 2013, menjana RM19.52 bilion pendapatan, peningkatan ketara 40.39 peratus berbanding RM13.90 bilion yang dicatat pada 2012.

“Portfolio ekuiti KWSP menjana pulangan nyata dua angka, mengatasi prestasi dana lain yang sama,” katanya.

Pelbagaikan portfolio

Beliau berkata, prestasi kukuh dalam portfolio ekuiti disokong oleh indeks domestik dan global yang mencapai paras tertinggi, berikutan keyakinan pelabur terhadap kestabilan dan kekuatan asas ekonomi pasaran domestik selepas berakhirnya pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Katanya, dengan jumlah ahli KWSP meningkat kepada lebih 13 juta, sebanyak RM4.91 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi 2013.

“Ia adalah 10.06 peratus lebih tinggi berbanding RM4.46 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2012. Jumlah yang diperlukan untuk membayar satu peratus kadar dividen akan terus meningkat antara lapan dan sembilan peratus setahun.

“Di sebalik kelembapan ekonomi global dan ketidaktentuan kewangan, KWSP tetap teguh dan pencapaiannya adalah bukti usaha dan inisiatif berterusan pengurusan KWSP untuk mengekalkan kestabilan kewangan dalam jangka panjang,” katanya.

Samsudin berkata, dengan strategi pelaburan berhemah dan mantap, prestasi KWSP adalah konsisten dan stabil, terutama untuk lima tahun yang lalu.

“Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, KWSP mempelbagaikan portfolio dengan memperluaskan skop aset pelaburan bagi menguruskan risiko pasaran dan menjana pulangan yang konsisten,” katanya.-bharian

14 Februari 2014

WANITA MENGAMUK SELEPAS KEKASIH ENGGAN BERASMARA DENGANNYA


Apa jenis manusia nie hanya disebabkan teman lelakinya enggan melakukan hubungan seks dengannya, minah nie mengamuk dalam keadaan telanjang dan berdarah.

Tak cukup cermin, dinding pun dia tumbuk,nie semua penangan mabuk arak dan sikap orang mabuk memang cam orang dah hilang akal jer.

Jadi jangan kita sama sekali mendekati 'air kencing syaitan' yang meletakkan kedudukan kita seperti orang gila.

Nasib baik dia tak cedera anak perempuan dia.



Wanita amuk selepas kekasih enggan berasmara dengannya

GLENDALE, Arizona - Seorang wanita, Ashley Marie Prenovost mengamuk selepas kekasihnya enggan berasmara dengannya, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.

Ashley Prenovost/Facebook 


Prenovost yang berusia 24 tahun itu menumbuk dinding dan cermin selepas kekasihnya enggan menjalin hubungan seks dengannya.

Dia juga dituduh membawa anak perempuannya yang berusia empat bulan keluar dari rumahnya di sini dan menjerit-jerit dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu.

Polis Glendale berkata, ketika tiba di tempat kejadian, wanita itu kelihatan berbogel dan tubuhnya berlumuran darah.

Ketika ditemui, dia berada dalam keadaan mabuk.

Prenovost ditangkap di sebuah kedai pakaian dan didakwa melakukan penderaan ke atas kanak-kanak dan menyerang sebuah budak di bawah umur. - Agensi


13 Februari 2014

HARI VALENTINE HARAM DISAMBUT UMAT ISLAM

Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Valentine's Day HARAM for Islam by Ustazah Norbayah   

“Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,” inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Valentine Day.

“Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang,” kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

“Kita menerima dan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa yang mengingatkan kasih sayang kepada ibu dan bapa kita,” katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Kempen Awasi Jerat Valentine’s Day pada Jumaat.

Namun katanya Islam juga pada masa yang sama akan menolak sesuatu yang datang waima dari Timur sekalipun jika ia bertentangan dengan prinsip dan amalan agama Islam.

“Ia bukan persoalan atau isu asal tempat kedatangan sesuatu sambutan sesuatu perayaan dan keraian itu, tetapi amalan atau ritual yang dilakukan untuk merayakan hari-hari tertentu itu,” katanya.
Wan Mohamad berkata Islam bukan agama yang menyekat atau menghalang untuk penganutnya meluahkan kasih sayang tetapi apa yang disekat adalah perbuatan maksiat yang dilakukan semasa menyatakan kasih sayang itu.

“Jika kita kasih pada orang, itu bukan maksiat tetapi kalau kita adakan hubungan diluar pernikahan, itu maksiat. Itu bezanya,” ujarnya.

Katanya beliau yakin bukan sahaja Islam, agama lain juga meletakkan batasan dan etika yang perlu penganutnya patuhi.

Beliau berkata bagi Hari Valentine, meraikannya sangat jelas ia terarah kepada amalan maksiat.

“Itulah sebabnya fatwa dikeluarkan untuk menyekat dan menasihati orang Islam supaya tidak menyambut Hari Valentine dengan melihat dari segi sejarah dan realiti sekarang ini, di mana-mana pun ia sinonim dengan amalan maksiat,” katanya.

Sebagai perbandingan, Wan Mohamad berkata fatwa juga memutuskan sekiranya rakan bukan beragama Islam mengadakan majlis menyambut hari perayaan mereka, orang Islam boleh menghadirinya.
Namun jika majlis sosial itu menyajikan minuman beralkohol, “majlis itu sudah rosak dan kita tidak boleh hadir,” katanya.

“Kita juga boleh meraikan kawan kita yang meraikan hari perayaan agama mereka tetapi kita ditegah daripada terlibat dengan ritual agama itu sebab itu sudah masuk ke dalam isu akidah,” jelasnya.

Beliau berkata penjelasan juga perlu dibuat agar Islam tidak difitnah dengan mengatakan agama itu tidak boleh meraikan rakan bukan Islam yang meraikan Hari Natal, Hari Diwali, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan sebagainya.

“Kita hanya tidak boleh terlibat dengan ritual ibadat agama lain. Acara sosial, kita berhimpun dengan mereka yang bukan Islam, itu tidak ada masalah.

“Pemimpin kita juga hadir majlis sebegitu. Malah Mufti-mufti kita hadir ke majlis jamuan teh yang dianjurkan oleh jiran yang menyambut Hari Natal,” katanya.

Pelancaran Kempen Awasi Jerat Hari Valentine tersebut adalah untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih Isnin ini.

“Islam menganjurkan umatnya supaya menjadikan jalinan kasih sayang sesuatu yang abadi. Ungkapan kasih sayang bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Ia adalah sepanjang hayat,” kata Wan Mohamad